Kota Kinabalu: Seperti yang kita ketahui hari ini 16 September adalah hari yang cukup bersejarah dimana kita semua rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke 55.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia beberapa kawasan dan tempat sudah dipasang dengan bendera bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Malaysia.
Gambar ini adalah kiriman seorang pengikut laman FB KMS. Menurutnya bendera Sarawak dipasang di sepanjang Jalan Airport di Kota Kinabalu atas kebenaran kerajaan negeri Sabah bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia tahun ini.