Berikan masa kepada kerajaan persekutuan baharu tunaikan janji: Pemimpin PH Sarawak 0 5891

KUCHING: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyeru rakyat, terutamanya mereka yang mengundi mereka pada pilihan raya umum lalu agar memberikan masa kepada kerajaan persekutuan baharu untuk menunaikan janji mereka.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berharap mereka yang telah menyokong PH sepanjang tahun sebelum ini mendoakan agar para pemimpin dalam kerajaan baharu diberi kebijaksanaan memimpin negara.

“Anda semua tahu bahawa kami datang pada masa yang sangat mencabar dalam sejarah negara, terutamanya dalam aspek keadaan ekonomi negara.

“Kami tahu bahawa terdapat jangkaan yang tinggi dari rakyat yang menjadikan kami berkuasa, tetapi kami hanya mahu anda memahami situa-si kami untuk bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang di mana kami berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk memberi balik kepada masyarakat, komuniti dan melakukan yang terbaik sebagai sebuah kerajaan baharu untuk rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata demikian pada sidang media pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Stampin yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang juga Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How di sini, semalam.

Berhubung ramai rakyat Sarawak telah secara terbuka menyatakan keraguan mereka bahawa kerajaan PH dapat memenuhi apa yang telah dijanjikan untuk Sarawak, Ahli Parlimen Selangau berkata, PH baru sahaja menjadi kerajaan untuk lapan bulan dan untuk melaksanakan tugas dengan sewajarnya amat penting.

“Keikhlasan kami sudah cukup untuk bergerak ke hadapan. Sudah tentu akan ada banyak halangan yang boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Namun, apa sahaja yang kami berikan untuk melakukan terbaik untuk rakyat. Saya merasakan ia cukup untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, kerajaan baharu melakukan yang terbaik untuk meningkatkan ekonomi tempatan melalui keputusan yang penting.

Beliau memberi contoh baru-baru ini kerajaan persekutuan telah memutuskan untuk membayar balik semua cukai berlebihan selain Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang telah dipegang kerajaan sebelumnya selama bertahun.

Pengerusi PH Sarawak itu berkata, sejumlah RM37 bilion akan dibiayai secara beransur-ansur dalam tempoh 10 bulan akan datang.

“Ini akan menjadi suntikan dan rangsangan kepada ekonomi kita sekarang. Diharapkan kewangan yang diagih dalam sistem ini akan membantu semua rakyat dalam meningkatkan ekonomi tempatan,” katanya.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin pula merayu kepada rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak khususnya untuk memberi peluang kepada kerajaan PH.

Beliau memberitahu terdapat banyak cakap-cakap menyatakan bahawa PH tidak dapat menunaikan janji dan semuanya.

“Namun berimanlah kepada kerajaan baharu kami dan saya percaya dengan iman yang anda miliki dalam diri, kami akan meneruskan impian anda untuk memenuhi apa sahaja janji dan perkara yang kami katakan.

“Ia mengambil masa tetapi diyakini dengan ke-rajaan baharu, dasar baharu, saya percaya mereka dapat menyampaikan lebih banyak kepada semua rakyat Malaysia dan Sarawak,” katanya.

“Ia akan mengambil masa tetapi yakin dengan kerajaan baharu, dasar baharu, saya percaya mereka boleh menyampaikan lebih banyak kepada semua rakyat Malaysia dan juga rakyat Sarawak,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news