Berita kematian The Rock Adalah Palsu 0 6273

PELAKON Hollywood terkenal, Dwayne Douglas Johnson sekali lagi menjadi mangsa viral apabila berita palsu mengenai kematiannya tersebar menerusi laman sosial yang melaporkan dia terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri.

Memetik laporan Mirror, berita kematian Dwayne atau lebih dikenali sebagai The Rock kononnya dilaporkan BBC dengan tajuk ‘The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun’.

Bagaimanapun, pautan itu membawa pengguna media sosial ke laman web palsu dan mengecewakan peminat.

Ini bukan kali pertama The Rock jadi mangsa penyebaran berita palsu.

Aktor itu masih aktif menggunakan media sosial namun belum lagi memberikan sebarang penjelasan mengenai berita kematian palsunya yang tular itu.

Ini bukan kali pertama The Rock menjadi sasaran berita palsu.

Pada 2011 lalu, dia juga pernah menjadi mangsa viral apabila dikhabarkan sudah meninggal dunia sewaktu menjalani penggambaran Fast and Furious 7.

Namun, The Rock sempat menafikan berita tersebut dan memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan yang sihat. – Mirror

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news