Misteri! Tiga objek bercahaya didakwa UFO ‘jatuh’ di Las Vegas 0 6286

MISTERI! Satu rakaman menunjukkan tiga objek bercahaya ‘jatuh’ dari langit di Las Vegas, Amerika Syarikat pada waktu malam menjadi tular di internet.

Ahli teori konspirasi yang berjaya merakam footage tersebut mendakwa objek itu merupakan UFO.

Individu tersebut memuat naik di laman Youtubenya di mana ia telah dilihat lebih daripada 1,700 kali dalam masa enam hari.

Di dalam video, pelbagai mercu tanda di Las Vegas Strip dapat dilihat, termasuk hotel dan roda Ferris gergasi.

Dalam masa beberapa saat, objek bercahaya biru kelihatan terbang di dalam cahaya malam, kemudian ia diikuti dua objek bercahaya yang lain.

Dalam ulasan, Youtuber itu mendakwa objek itu terbang dengan kelajuan penuh dan menggambarkan fenomena itu sebagai ‘tidak masuk akal’. – Dailystar

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13420

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12893

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news