Bersih gesa Sarawak hentikan salahguna kuasa imigresen 0 5893

Bersih Sarawak menggesa kerajaan negeri menghentikan salah guna kuasa imigresen dalam mengharamkan kemasukan aktivis ke negeri itu.

Ini selepas pegawai kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Mandeep Singh berdepan halangan sejurus tiba di Lapangan Terbang Bintulu, Jumaat lalu.

Pada mulanya pihak berkuasa negeri mahu menghalang Mandeep daripada memasuki negeri itu tetapi kemudian memberikan pengecualian selama tiga hari memandangkan beliau perlu menjalankan tugas untuk kerajaan persekutuan.

“Larangan terhadap Mandeep dan aktivis lain memasuki Sarawak hanya kerana ‘terlibat dalam kegiatan politik yang sah’ dibuat sebarangan, menyalahi undang-undang dan salah guna kuasa oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Mereka mengenakan larangan itu bukan untuk melindungi rakyat Sarawak, tetapi untuk melindungi diri mereka dari aktivisme politik yang sah bagi sebab-sebab seperti pilihan raya yang bebas dan adil, perlindungan alam sekitar dan hak orang pribumi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mandeep, yang dahulunya merupakan petugas Bersih dihalang memasuki negeri itu sejak Februari 2016.

Bersih Sarawak berkata beberapa individu lagi masih diharamkan termasuk Thomas Fann, Maria Chin Abdullah, Ambiga Sreenevasan, Wong Chin Huat.

Selain itu individu lain termasuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Jerald Joseph, aktivis Colin Nicholas dan Jannie Lasimbang.

Bersih Sarawak menggesa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membatalkan larangan ke atas semua aktivis politik dan berjanji melaksanakan kuasa khas Sarawak hanya untuk menegakkan kepentingan negeri itu.

“Kami percaya semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Sarawak ingin melihat penggunaan undang-undang yang betul terhadap hak imigresen sedia ada.

“Ini akan meletakkan Sarawak atas kedudukan yang tinggi dalam rundingannya dengan kerajaan persekutuan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news