Bintang Arsenal bertarung dengan perompak 0 5659

LONDON: Pemain Arsenal, Sead Kolasinac dan Mesut Ozil bertarung dengan perompak yang cuba memberhentikan kereta mereka di utara London yang dirakam video sebelum tular di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan, pertahanan Bosnia kelab berkenaan, Kolasinac dilihat melompat keluar dari kenderaan untuk berdepan dengan individu memakai topeng yang memberhentikan kereta mereka dengan motosikal di daerah Golders Green awal pagi tadi.

Kedua-dua penyerang tampak mengacukan pisau kepada pemain berusia 26 tahun itu.

“Kami sudah menghubungi kedua-dua pemain itu dan mereka OK,” kata jurucakap Arsenal.

Polis mengesahkan bahawa mereka sudah menerima laporan berkaitan cubaan merompak.

“Menurut laporan, suspek yang menaiki motosikal cuba merompak lelaki yang sedang memandu sebuah kereta,” kata jurucakap Met Police kepada AFP.

“Pemandu itu bersama penumpang, melepaskan diri tanpa kecederaan dan ke sebuah restoran di Golders Green, di sana mereka bertemu dengan pegawai kami.

“Masih tiada tangkapan. Siasatan masih diteruskan.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news