Bomba bantu potong cincin lekat di jari kanak-kanak berusia 9 tahun di Bako 0 5819

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Bako Indah, di sini, terpaksa menanggung kesakitan selama beberapa jam apabila cincin yang dipakainya gagal dikeluarkan, semalam.

Mangsa, Muhd Aim Abdullah, 9, berusaha membuka cincin keluli itu sejak tengah hari semalam, namun usahanya bukan sahaja gagal malah jari manis tangan kirinya membengkak dan berdarah.

Berikutan itu, bomba dipanggil bagi membantu membuka cincin berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.42 malam tadi.

“Sebaik menerima panggilan itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan tiga anggota EMRS dari BBP Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati kanak-kanak lelaki itu sedang menahan kesakitan apabila jarinya bengkak dan berdarah akibat cincin yang tersangkut,” katanya.

Beliau berkata, penderitaan kanak-kanak itu berakhir pada jam 9.30 malam apabila bomba berjaya memotong cincin itu menggunakan peralatan khas. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news