Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi mendapatkan khidmat khas menangkap buaya itu pada 10.59 malam tadi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor buaya besar di dalam longkang dan ia agak agresif kerana difahamkan reptilia itu cedera selepas ditembak.
“Anggota kami berjaya menenangkan buaya itu selepas menutup matanya dengan kain sebelum mengikatnya di tepi pagar sekolah,” katanya.
Katanya lagi, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan buaya itu dari longkang kerana terlalu berat.
“JHS hanya akan mengalihkan buaya itu pagi ini,” katanya. – Harian Metro