Buaya dipercayai baham Agnes tewas ditangan tuai rumah di Marudi 0 6456

MARUDI: Penduduk rumah panjang Sungai Tapang, Peking di Tinjar gempar hari ini berikutan tertangkapnya seekor buaya sepanjang 11 kaki selepas termakan umpan yang dipasang oleh ketua kaum mereka, Tuai Rumah (TR) Jampang Kantan, 60.

Buaya berkenaan yang berjaya ditangkap dan dibunuh oleh penduduk pada pukul 6.30 pagi tadi, dipercayai buaya sama yang membaham dan membunuh pelajar perempuan, Agnes Luang, 17, pada Februari tahun lepas.

Jampang memberitahu beliau sambil dibantu oleh penduduk kampung memasang kail yang berumpankan seekor ayam di Sungai Tapang, berhadapan dengan tempat mandi mereka pada petang Selasa.

“Sebelum ini, penduduk rumah panjang initernampak seekor buaya berenang-renang ke hulu dan ke hilir di hadapan rumah panjang terutama di tempat penduduk mandi-manda dan membasuh, dalam keadaan yang tampak ‘jinak’ sekali, langsung tidak takut kepada kami.

“Bimbang dengan keselamatan anak-anak buah, saya rasa perlu menangkap buaya berkenaan dan memasang umpan di tempat ia kerap kelihatan,” katanya. Mereka kemudian dibantu oleh penduduk,mendapatkan bangkai buaya tersebut untuk ditarik ke halaman rumah panjang mereka.

Selepas membunuh reptilia tersebut, Jampang kemudian terus memaklumkan kepada pihak Sarawak Forestry (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, buaya yang menyerang Agnes juga ‘tampak jinak’ menyebabkan beliau dan penduduk kampung yakin ia merupakan buaya sama, bukannya buaya yang ditangkap menggunakan khidmat pawang buaya pada Jun tahun lepas.

“Ketika insiden (Agnes diserang buaya) berlaku, kami turut berada di situ. Oleh itu, kami yakin buaya yang ditangkap hari ini merupakan buaya yang sama menyambar mangsa,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news