KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan l hilang sejak jam 5 petang semalam di Kampung Serumah, Jalan Padawan berjaya ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 9.30 hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumah keluarganya.Turut terlibat dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk kampung. – Utusan Borneo Online