Kuching: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dari Batu Enam Jalan Penrissen maut dipercayai akibat jangkitan rabies, malam tadi.
Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak 7 malam tadi.
Mangsa pernah digigit anjing liar sekitar hujung Julai lalu dan telah menerima rawatan di klinik swasta.
Kesihatan kanak-kanak tersebut dikatakan semakin merosot sehingga terpaksa dimasukkan ke wad 2 Ogos lalu.
Jika disahkan rabies, kanak-kanak tersebut merupakan mangsa ke-13 yang terkorban akibat rabies diΒ Sarawak.Β – Utusan BorneoΒ Online