Bulatan DBKU ragut satu nyawa hari ini 0 6672

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Bulatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jalan Semariang, di sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Kadir Bujang berusia 57 tahun dan berasal dari Kampung Semariang Tanah Merah, di sini.“Kemalangan berlaku sekitar jam 8.55 pagi melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri di bahu jalan lalu melanggar pembahagi jalan dan jatuh di sebelah bulatan tersebut.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) di tempat kejadian,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Superintenden Alexson Naga Chabu.

Alexson dalam kenyataan juga memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.Kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta PengangkutanJalan (APJ) 1987- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news