Buru kontrak lumayan yang terakhir, dua kelab dalam pemerhatian Ronaldo 0 6005

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo baru sahaja menyertai Juventus pada tahun lalu.

Terbaharu, dia dikatakan sedang mencari kelab baharu untuk disertai selepas kontrak bersama Juventus tamat pada tahun 2022.

Menurut laporan Don Balon, terdapat dua kelab yang mungkin berada dalam pertimbangan pemain Portugal itu.

Dua kelab itu merupakan Manchester United dan Paris Saint-German (PSG).

Namun, Ronaldo dikatakan tidak akan menyertai United dalam masa terdekat memandangkan kelab itu masih lagi mencari rentak untuk kembali seperti suatu ketika dahulu.

Pilihan kedua tentunya PSG yang mana Ronaldo boleh menambah beberapa lagi trofi kejuaraan dalam koleksinya jika benar dia menyertai pasukan itu. – FoxSport Asia.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12982

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12362

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news