Cadangan hadkan kelajuan motosikal ‘kapcai’ sedang diteliti 0 8219

KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/jam memerlukan kajian lebih teliti kerana ia membabitkan kira-kira 10 juta pemilik berdaftar di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain membabitkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.

“Kita tahu ada cadangan untuk mengehadkan (kelajuan) kapcai, tetapi dalam keadaan di Malaysia, ia membabitkan ramai pemilik kapcai, mungkin dalam lingkungan 10 juta (pemilik) motosikal.

“Jadi, ini adalah satu keputusan yang akan beri kesan yang sangat besar, saya bukan menolak cadangan itu tetapi daripada segi ‘practicality’ untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut,” katanya, di sini.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu bagi program ‘Jendela Fikir’ terbitan Bernama Radio, di Ibu Pejabat pertubuhan berita itu.

Ogos lepas, Menteri Kerja Raya, Baru Bian dilaporkan berkata saranan untuk mengenakan peraturan had laju kepada penunggang motosikal kapcai masih belum boleh dilaksanakan kerana ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk satu tempoh yang panjang.

Sebelum ini, The Safety First Group iaitu kumpulan prokeselamatan jalan raya, menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal kapcai selain meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.

Mengulas tentang cadangan supaya mewujudkan laluan khas penunggang motosikal di sebelah kiri jalan raya, Loke berkata ia akan dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dijadikan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurutnya, cadangan itu adalah konsep yang baik, bagaimanapun pelaksanaannya memerlukan perbelanjaan yang besar seperti membina struktur jalan dan sebagainya.

“Kita berharap dapat membina laluan khas motosikal ini dan juga menyediakan rekaan lebuh raya (yang sesuai) pada masa hadapan dengan mengambil kira perkara itu,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news