Cara Jimat Bil Elektrik Sehingga 50% 0 7746

Tujuh daripada sepuluh orang yang menyewa atau mempunyai rumah tidak tahu cara jimat bil elektrik rumah mereka. Benarkah?

Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan tim Hartabumi.com via online, rata-rata penggunaTenaga Nasional Berhad (TNB) tidak tahu langkah dan cara jimat elektrik sedangkan sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk penjimatan bil elektrik sehingga 50%.

Info menarik yang ramai terlepas pandang bahawa terdapat 5 peralatan atau perkakas elektrik yang menjadi punca bil elektrik rumah anda melambung tinggi adalah:-

  • Microwave / Oven.
  • Komputer.
  • Televisyen.
  • Pengecas telefon.
  • Dekoder TV.

Punca bil elektrik rumah yang mahal sebenarnya berbalik kepada cara penggunaan kita terhadap perkakas elektrik dalam kehidupan seharian kita.

Berapa ramai di antara kita yang gemar sekali memasang penghawa dingin tidak kira siang dan malam, dan berapa ramai diantara kita benar-benar telah menutup setiap suis dan mencabut plug sebelum keluar dari rumah?

Cara Jimat Bil Elektrik

Tim Hartabumi kali ini kongsikan kepada anda langkah yang lebih praktikal dalam memastikan anda mampu membuat penjimatan kos utiliti dengan pendedahan cara jimat bil elektrik ini.

1. Kurangkan Guna Pemanas Air.

Sungguhpun menggunakan pemanas air pada waktu pagi adalah lebih menyamankan berbanding air sejuk yang membeku, anda perlu tahu pemanas air menggunakan elektrik yang banyak.

Boleh saja anda selang selikan penggunaan air panas dengan air sejuk, dan mandi menggunakan air sejuk terbukti lebih menyihatkan berbanding menggunakan air panas.

2. Guna Mentol LED.

Anda disarankan menggunakan mentol yang jimat tenaga seperti mentol jenis ‘pendaflour’. Sungguhpun kosnya agak tinggi, tetapi ia mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.

Gunakan lampu jenis LED jika anda ingin membuka lampu tersebut dalam jangka masa lebih dari 6 jam setiap hari.

3. Cabut Plug Yang Tidak Digunakan.

Sikap mencabut plug yang tidak digunakan di kalangan rakyat Malaysia masih tidak popular dan menjadi punca elektrik terus berjalan tanpa henti sungguhpun anda tidak menggunakannya.

Tips terbaik ialah untuk mencabut setiap plug yang tidak digunakan sebelum anda keluar dari rumah.

4. Cop ‘Energy Star’ Pada Peti Sejuk.

Bagi mereka yang baru berpindah masuk ke rumah baru, anda dinasihatkan untuk membeli peti sejuk dengan cop ‘energy star’. Lebih banyak bintang, maka lebih jimat elektrik peti sejuk tersebut.

Bergantung kepada saiz peti sejuk dan bajet anda, peti sejuk dengan ‘energy star’ mampu anda dapatkan serendah RM1000 di pasaran hari ini.

5. Guna Penghawa Dingin Berkala.

Tabiat kedua orang Malaysia ialah gemar membuka penghawa dingin hingga 16 darjah celcius untuk waktu yang lama dan membiarkan sahaja penghawa dingin tersebut tanpa menggunakannya.

Tips jimat bil elektrik terbaik adalah dengan menggunakan penghawa dingin pada waktu siang sahaja dan buka pada suhu 23 – 25 darjah celcius untuk 30 minit sahaja sebelum menggunakan kipas.

6. Menggunakan Penebat (Insulation).

Fungsi penebat haba ini ialah untuk mengurangkan haba memasuki rumah sekaligus menyejukkan dalaman rumah. Kosnya tidaklah terlalu mahal dan bergantung kepada bajet anda.

Terdapat dua jenis penebat yang anda boleh gunakan iaitu :-

  • Roofing insulation.
  • Cat insulation.

Cara jimat bil elektrik yang paling efektif dan efisien ialah dengan memastikan setiap plug barangan elektrik dicabut apabila tidak digunakan dan hanya menggunakan peralatan elektrik pada kadar minimum sahaja. – 24/7 news

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10085

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12905

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news