Kanak-kanak 10 tahun dirogol bapa tiri di Kuching 0 6696

KUCHING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menempuh detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya beberapa kali sejak 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, perbuatan terkutuk tersebut terbongkar selepas ahli keluarga mangsa curiga kerana mangsa enggan pulang ke rumah.

Menurutnya, mangsa kemudiannya mendedahkan dia dirogol bapa tirinya hingga menyebabkan trauma untuk pulang ke rumah.

“Mangsa bersama ahli keluarga membuat laporan polis dan berjaya menangkap suspek yang bersembunyi di Jalan Lapangan Terbang di sini pukul 8.55 pagi tadi.

“Suspek berusia 33 tahun bekerja sebagai tukang masak dan merupakan bapa tiri kepada dua beradik termasuk mangsa,” katanya katanya dalam kenyataan akhbar sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, suspek boleh disabitkan hukuman tidak kurang penjara 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun penjara dengan sebatan,” ujarnya. – K ONLINE!

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12934

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news