CCTV terakam ‘malaikat’ di Matang Jaya 0 6571

KUCHING: “Saya menyimpan rakaman itu sejak kira-kira tiga tahun lalu kerana bimbang ada yang mempersendakan, tetapi selepas mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam hal agama, kini saya sedia mendedahkannya kepada umum,” kata Jasni Ali Seman.

Pesara guru berusia 60 tahun itu berkata demikian ketika mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Matang Jaya pada 2016.

Rakaman berdurasi 51 saat itu jelas memaparkan objek putih terbang di halaman rumahnya sebelum ia hilang.

Beliau berkata, sejak melihat rakaman itu, beliau bertemu dengan beberapa ustaz bertanyakan apakah sebenarnya objek itu.

“Kejadian itu dirakam selepas waktu subuh pada bulan Ramadan 2016 dan saya menyedarinya ketika meneliti rakaman CCTV yang saya lakukan setiap seminggu sekali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jasni berkata, selepas itu beliau bertemu dengan beberapa ustaz dan mereka menjelaskan ia adalah malaikat.

“Ustaz menasihatkan saya, sebagai orang yang beriman, kita harus percaya kepada malaikat dan ada sebab ia menunjukkan dirinya dalam rakaman CCTV itu.

“Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menghebahkan kejadian itu, tetapi kini saya bersedia untuk sekadar berkongsi dengan orang ramai apa yang berlaku ketika bulan Ramadan itu,” katanya.

Beliau berkata, selepas rakaman itu, beliau kerap memeriksa CCTV di kediamannya itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi objek serupa yang dirakamkan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13196

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12660

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news