Chong minta SPRM siasat dua projek jalan raya di Sarawak 0 5576

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen tampil menyerahkan surat rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pelaksanaan dua projek di negeri ini.

Beliau mendakwa dua projek itu, Projek Jalan Persisir dan Projek Jalan Utama Kedua yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka.

“Saya tampil di pejabat SPRM hari ini untuk menyerahkan surat rasmi untuk menyalurkan maklumat berkaitan dua projek mega yang dianggarkan berjumlah RM11 bilion yang dilihat melebihi kos yang sepatutnya.

“Malah, kedua-dua projek mega ini tidak melalui tender terbuka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan surat tersebut di pekarangan bangunan SPRM negeri di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut tentang dua projek itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata, kos Projek Jalan Pesisir dianggarkan berjumlah RM5 bilion manakala Projek Jalan Utama Kedua pula dianggarkan bernilai RM6 bilion.

Walau bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentoasa itu memberitahu, meskipun tidak mempunyai maklumat rasmi tentang kedua-dua projek berkenaan, berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh menteri bertanggungjawab jelas menunjukkan kos dua projek tersebut melebihi harga sepatutnya.

“Cadangan kedua-dua projek mega ini sudah di peringkat akhir oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan surat penganugerahan tender akan dikeluarkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Justeru, kita menggesa siasatan segera dilakukan terhadap kedua-dua projek ini kerana ia melibatkan berbilion wang rakyat,” tegasnya.

Malah, beliau memberitahu sejak pertukaran kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Kementerian Kewangan telah mengarahkan semua projek kerajaan mesti melalui proses tender terbuka.

Sehubungan itu, katanya lagi, selari dengan arahan kerajaan pusat baharu, amalan tender terbuka harus dipraktikan kerajaan negeri terutamanya melibatkan projek berbilion ringgit wang rakyat.

Hadir sama ADUN Padungan Wong King Wei dan Pembantu Khas Chong, Aziz Isa.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news