Chong Tidak Sependapat Dengan Kerajaan Negeri Sarawak Dalam Isu Petronas 0 5663

KUCHING – Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen tidak sependapat dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam isu tuntutan kes minyak dan gas terhadap Petronas.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kerajaan Negeri Sarawak tidak perlu memfailkan kes tuntutan ke atas minyak dan gas di negeri ini di Mahkamah Tinggi.

Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai undang-undang khas yang terpakai iaitu Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO). 

Sebaliknya, tegas Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menasihatkan kerajaan negeri untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi sekiranya ia serius untuk menuntut semula haknya ke atas minyak dan gas di negeri ini, katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Karim di sini, semalam.

“Saya fikir sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, anda perlu membawa perkara ini ke mahkamah untuk mengetahui sama ada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) atau OMO adalah yang terpakai di negeri ini. 

“Pada masa ini, ia menyebabkan banyak ketidakpastian dalam industri minyak dan gas dan ini perlu dijelaskan,” katanya. 

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin menambah, tidak ada gunanya kerajaan negeri menyatakan bahawa ia mempunyai hak untuk aktiviti huluan minyak dan gas di luar mahkamah. 

“Ia tidak memberi sebarang tujuan dan hanya akan menambah kekeliruan dan ketidakpastian kepada industri,” katanya.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan Petronas untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan perisytiharan berhubung kuasa mengawal selia aktiviti huluan sumber minyak di Sarawak. 

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa perisytiharan yang dimohon Petronas tidak tertakluk di bawah peruntukan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan. 

Hakim Ahmad, dalam penghakimannya, berkata sehubungan itu Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa eksklusif asal untuk mendengarnya kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Petronas memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding mengikut Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mendapatkan perisytiharan bahawa PDA adalah terpakai berhubung kuasa mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri Sarawak. 

Ia memohon perisytiharan bahawa PDA digubal dengan sewajarnya oleh Parlimen dan akta itu secara tersiratnya OMO–SarawakToday

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15409

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news