CUEPACS mohon pertimbangan Kerajaan Negeri Sarawak agar mengagihkan bonus khas RM1000 kepada semua penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak 0 8015

KUCHING:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak memohon pertimbangan Kerajaan Sarawak untuk mengagihkan bonus khas RM1,000 kepada semua penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

Pengerusi CUEPACS Negeri Sarawak Ahmad Malie berkata bonus khas untuk penjawat awam persekutuan ini adalah sebagai menghargai sumbangan mereka yang turut sama membangunkan negeri ini.

“Sekiranya Kerajaan Sarawak sedia mempertimbangkan permohonan ini, ia sudah pasti akan menggembirakan penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

“Malah ia juga akan memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terhadap kebajikan semua penjawat awam di negeri ini tanpa memisahkan mereka sebagai penjawat awam negeri atau persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad berharap Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan perkara ini dan menjadikannya realiti sebelum berakhirnya tahun 2018.

Terdahulu ketika dihubungi, Ahmad berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang telah mengumumkan bonus sebulan setengah gaji atau minimum RM2,000 bagi penjawat awam negeri dalam Belanjawan Sarawak 2019.

Bayaran bonus ini adalah yang terbaik pernah diumumkan Kerajaan Sarawak sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang penjawat awam di negeri ini.

Justeru, CUEPACS Negeri Sarawak mengingatkan para penjawat awam di negeri ini agar menggunakan sebaiknya bonus ini terutama untuk persiapan persekolahan anak-anak.

CUEPACS Negeri Sarawak turut mengingatkan para penjawat awam agar terus memberi perkhidmatan terbaik bagimembangunkan lagi negeri ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13149

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news