Dadah: 436 dicekup di seluruh negeri bulan lepas 0 5801

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak berjaya menangkap 436 orang atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah di seluruh negeri sepanjang Oktober lepas.

Ketuanya Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata, 266 orang daripada jumlah tersebut ditangkap kerana positif dadah, 130 orang memiliki (dadah) dan 40 lagi ditangkap di bawah ketegori bekalan.

Menurutnya, untuk tempoh tersebut juga seramai 12 orang dipercayai pengedar dadah telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB)(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“JSJN sentiasa berusaha membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di seluruh pelosok negeri dan pelbagai tindakan proaktif telah diambil bagi mengesan sindiket atau individu yang aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah melalui siasatan dan risikan secara profesional,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, sepanjang tempoh Oktober juga, terdapat dua operasi khas narkotik telah dijalankan di seluruh Malaysia iaitu ‘Ops Waran Tangkap’ dan ‘Ops Damn Tokan.’

“Untuk ‘Ops Waran Tangkap’ yang telah dijalankan oleh JSJN Sarawak dari 14 hingga 18 Oktober telah berjaya mengesan seramai 37 orang dengan pelbagai kesalahan narkotik.

“Manakala bagi ‘Ops Damn Tokan’ yang dijalankan pada 29 Oktober bermula jam 1 pagi hingga 12 tengah malam telah berjaya menangkap seramai tujuh orang di bawah kategori bekalan, 14 orang di bawah kategori memiliki dan dua di bawah kategori urin,”jelasnya.

Justeru, Hasnir memohon kerjasama orang ramai untuk bersama-sama memerangi dadah.

“Kejayaan ini terhasil daripada daya usaha dan komitmen yang tinggi oleh JSJN Kontinjen Sarawak serta jalinan kerjasama yang diberikan oleh rakyat negeri Sarawak.
“Kita amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan seluruh rakyat negeri Sarawak di dalam penyaluran maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan dengan melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news