BETONG: Sepasang suami isteri terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan kerana berada di ruang tamu apabila bahagian dapur rumah mereka di Rumah Panjang Tanu, disini dihempap pokok embang sekitar 11.40 pagi tadi
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bergegas ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.
“Mujur ketika kejadian, pasangan suami isteri terbabit berada di ruang tamu dan hanya menyedari kejadian tersebut apabila mendengar bunyi dentuman kuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya pada 1 tengah hari. – Utusan Borneo Online