Tabung Harapan tutup tapi gaji menteri, timbalan tetap dipotong 0 5667

Jika jemaah menteri dan timbalan mereka sudah tidak sabar mendapatkan semula 10 peratus gaji yang dipotong bermula 23 Mei lalu, mungkin mereka patut bertenang terlebih dahulu.

Menteri kewangan Lim Guan Eng ada berita kurang baik buat mereka kerana gaji tersebut akan tetap dipotong 10 peratus biarpun Tabung Harapan Malaysia (THM) akan ditamatkan akhir Dis ini.

Lim berkata demikian menjawab soalan pemberita tentang kemungkinan potongan 10 peratus gaji menteri dan timbalan menteri akan berakhir selepas tabung itu ditutup.

Kata Lim gaji yang dipotong itu tidak dimasukkan dalam THM, tetapi disalurkan terus kepada kerajaan.

“Sama ada potongan itu akan berhenti, bukan saya yang akan putuskan.

“Saya tidak ada menerima apa-apa arahan (mengenainya), jadi gaji mereka akan tetap dipotong 10 peratus.

“Nampaknya tak ada berita baik untuk menteri dan timbalan menteri,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

29 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan THM -yang dimulakan pada 30 Mei lalu untuk membantu melunaskan hutang negara- akan ditutup pada 31 Disember ini.

Jumlah terkumpul THM setakat 29 Okt adalah RM196,322,746.30

Pada 23 Mei lalu keputusan untuk memotong gaji jemaah menteri sebanyak 10 peratus dibuat bagi membantu meringankan beban kewangan negara.

Selain jemaah menteri, potongan gaji sebanyak 10 peratus turut dilakukan untuk ketua menteri dan 10 exco negeri di Johor, Pulau Pinang dan Kedah. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13938

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13095

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news