Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak punya kuasa hapus autonomi imigresen – Vernon 0 5719

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskan autonomi imigresen Sarawak jika menjadi kerajaan negeri, kata setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Vernon Kedit.

Menurutnya, adalah mustahil Dewan Undangan Negeri Sarawak berkuasa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

“Semua warga Sarawak maklum bahawa kuasa perundangan, bidang dan kuasa Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah cuma terhad kepada negeri ini.

“Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda di Dewan Undangan Negeri Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau menafikan kenyataan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyatakan jika PH menang pilihan raya negeri Sarawak, dikhuatiri mereka akan menghapuskan hak autonomi imigresen Sarawak.

“Saya pasti Fadillah maklum mengenai perkara ini,” katanya sambil menggesa Fadillah agar menarik balik kenyataan, melainkan dapat memaparkan bukti kukuh yang menunjukkan undang-undang dan Perlembagaan persekutuan tidak melindungi autonomi imigresen Sarawak dan seterusnya membolehkan PH menghapuskan autonomi tersebut.

Menurutnya, kuasa autonomi imigresen Sarawak dilindungi dalam Artikel 5 menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

Ia terkandung dalam Akta Imigresen Malaysia 1956/1963 yang antara lain menyatakan bahawa seseorang warganegara tidak seharusnya memasuki sesebuah negeri di Malaysia Timur tanpa permit atau pass masuk.

“Saya sebenarnya berasa sopan kerana terpaksa menulis sebegini dan mengajar seorang Ahli Parlimen veteran seperti Fadillah mengenai undang-undang semudah ini.

“Mungkin beliau sudah lupa, sebagai sesama kita warga Sarawak, izinkan saya mengingatkan beliau tentang hak kita tidak sewenang-wenangnya dapat dimansuhkan,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12979

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12259

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news