Di bawah kerajaan GPS, Abg Johari teruskan Unifor inisiatif Tok Nan – Uggah 0 6068

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengamalkan dasar “inklusif” dalam pentadbirannya di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri menerusi Unit Hal Ehwal Agama Lain (Unifor) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia menyifatkan di bawah GPS, Abang Johari meneruskan usaha Allahyarham Pehin Seri Adenan Satem (Tok Nan) yang menubuhkan Unifor pada Mei 2017.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah itu berkata, beliau sedia menyampaikan pemohonan wakil rakyat kepada ketua menteri agar kerajaan menambah peruntukan kepada Unifor.

Sementara, Uggah mengingatkan agar semua permohonan rumah ibadah bukan Islam berkaitan tanah perlu melalui Unifor agar dapat dipercepatkan urusannya dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

Uggah mengumumkan RM19.44 juta daripada RM20 juta peruntukan 2018 melalui Unifor sudah diagih untuk 226 projek kepada pelbagai badan agama selain Islam di Sarawak.

Sejumlah RM15.87 juta peruntukan diluluskan bagi fasa pertama pada Mei membabitkan 206 projek.

Baru-baru ini, sejumlah RM3.57 juta diluluskan bagi fasa kedua membabitkan 20 projek.

Baki peruntukan RM560,000 bagi 2018 uhtuk untuk projek fasa ketiga dijangka diserahkan menjelang akhir bulan ini. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news