Didakwa tumbuk isteri, lelaki direman 4 hari di Miri 0 6321

MIRI: Gara-gara menumbuk isterinya sendiri, seorang lelaki diperintahkan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukakan penolong pegawai penyiasat Sarjan Zainurin Zainol dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonannya Zainurin memberitahu, suspek yang berusia 47 tahun dari Bandar Baru Permyjaya di sini ditangkap sekitar jam 1.10 pagi, 17 September lalu di sebuah rumah di Taman Jelita di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita yang juga isteri suspek.

Dalam aduannya, wanita terbabit, 40, mendakwa bahawa sekitar jam 1 petang 16 September lalu, ketika berada di rumah sepupu suaminya di kawasan perumahan Taman Tunku, suspek telah menumbuknya hingga menyebabkan lebam pada bahagian muka dan perut.

Kejadian itu berpunca daripada salah faham antara pengadu dan keluarga suspek.

Malah pengadu mendakwa kerap dipukul suspek sekiranya ada campur tangan daripada keluarga suspek yang mengatakan anak angkat yang dijaga pengadu sering mencetuskan pergaduhan antara pengadu dan suspek.

Dalam permohonan lanjutnya Zainurin memberitahu, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan/Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Mahkamah membenarkan reman empat hari ke atas suspek sehingga 21 September ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13051

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news