Diskaun 50 peratus saman trafik esok 0 6441

KUCHING: Orang ramai yang mempunyai saman trafik berpeluang membayar dengan diskaun sehingga 50 peratus sempena pelancaran Ops Selamat Gawai Raya 2019 pada 29 Mei (esok).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu (gambar) berkata pihaknya akan membuka kaunter pembayaran di Kubah Ria, di sini bermula pukul 8.30 pagi hingga 3 petang.

“Sempena pelancaran Ops Selamat Gawai Raya 2019, JSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan membuka kaunter semakan saman dan tawaran diskaun sehingga 50 peratus.

“Selain berkunjung ke kaunter yang dibuka di Kubah Ria, orang ramai juga boleh terus ke kaunter trafik IPD Kuching di Jalan Simpang Tiga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu terdapat beberapa saman berkecuali untuk tawaran diskaun.

“Saman yang berkecuali adalah seperti saman kes bicara mahkamah, waran tangkap, saman kemalangan dan kesalahan trafik dalam tempoh Ops Selamat 2019.

“Kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan berat yang dikompaun maksima juga berkecuali untuk tawaran diskaun 50 peratus,” jelasnya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar membuat semakan awal terlebih dahulu di mana-mana kaunter polis Trafik. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news