Dr M akui 100 hari tidak cukup untuk penuhi janji 0 5615

Dr Mahathir yakin rakyat memahami betapa sukarnya mentadbir negara yang sudah rosak. (AFP pic)

LANGKAWI: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui kerajaan mungkin mengambil lebih 100 hari bagi memenuhi 10 janji manifesto pilihan raya PH.

Dr Mahathir berkata janji-janji itu dibuat berdasarkan pengetahuan yang sedikit tentang keadaan sebenar negara, kerana gabungan itu tidak tahu tahap kerosakan sebenar yang sudah berlaku.

“Kita perlu akui, kita akan ambil masa lebih 100 hari. Tetapi saya yakin rakyat boleh memahami betapa sukarnya untuk mentadbir negara yang sudah rosak,” katanya semasa melayan peserta pada satu program berbuka puasa di Masjid Al-Hana petang tadi.

Beliau berkata kemenangan pilihan raya umum memberi tanggungjawab besar.

“Kami berjanji kepada rakyat mereka akan mempunyai kehidupan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

“Kami berjanji berdasarkan pengetahuan yang sedikit, kerana kami tidak tahu berapa banyak kerosakan yang sudah dilakukan kepada negara ini.

“Hari ini kami dapati walaupun kami berikrar untuk memenuhi 10 janji itu dalam 100 hari, malangnya, ia tidak begitu mudah untuk diselesaikan.”

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan menangguh 5 daripada 10 janji dalam manifesto PH.

Lima janji yang ditangguh itu adalah, subsidi petrol untuk kereta dan motosikal bersasaran, sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk suri rumah, gaji minimum lebih tinggi, penangguhan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, dan pengembangan skim kesihatan kerajaan Selangor ke peringkat nasional. – FMT

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15418

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news