Dua adik beradik hampir lemas di Balingian 0 6022

Mukah: Dua adik beradik berdepan detik mencemaskan apabila hampir lemas ketika mencari obor-obor di Pantai Tunjang, Balingian.

Menurut info punca mangsa hampir lemas setelah bot yang digunakan untuk mencari obor-obor karam dipukul ombak petang sekitar jam 7 malam

Susulan daripada kejadian, salah seorang mangsa iaitu Abdul Halim Seruji 55 tahun terpaksa berenang sejauh satu kilometer meredah dan ombak bagi mendapatkan bantuan untuk abangnya Abdul Halim Seruji 62 tahun.

Menurut info Bomba mangsa pertama ditemui di tepi pantai manakala mangsa kedua ditemui dalam keadaan lemah sekitar jam 8.15 malam.

Setakat ini kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Balingian untuk rawatan selanjutnya. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news