Pewartaan Larangan Merokok; Sarawak Tunggu Keputusan Kabinet 0 6758

KUCHING: Bermula 1 Januari 2019, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai Tempat Dilarang Merokok namun Kerajaan negeri Sarawak menangguhkan larangan merokok di semua premis makan sejak penguatkuasaannya.

Penangguhkan larangan merokok di semua premis makan ini disebabkan menunggu keputusan oleh Kabinet negeri, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr.Noraryana Hassan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan satu sesi taklimat Pewartaan Tempat Makan sebagai kawasan larangan Merokok bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan, di sini pagi tadi.

Taklimat ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-peratutan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) selari dengan Artikel 8, WHO FCTC iaitu bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada untuk melindungi orang awam daripada terdedah kepada bahaya asap rokok dan produk rokok yang lain.

Taklimat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak.

Beliau menjelaskan, antara kawasan larangan merokok ialah gerai makan, rumah Kedai, Restoran di atas Tanah Lot, Kedai makan atas awan, tempat makan terbuka, kedai makan dalam sungai, Trak makanan dan Kenderaan.

Larangan ini juga meliputi semua gerai-gerai makan dan kenderaan bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum serta semua restoran yang berada di atas kapal dan keretapi.

Antara tetamu yang hadir dalam taklimat tersebut
Menurut Noraryana, Individu yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara tidak lebih dua tahun manakala pemilik Premis Makanan bagi kesalahan tidak mempamer tanda larangan merokok dikenakan denda maksimum RM3000 atau Penjara tidak lebih 6 bulan dan Bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok denda maksimum RM5000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim, Pegawai-Pegawai Kesihatan Bahagian dan Daerah, Pegawai-Pegawai Penguatkuasa dan semua agensi yang terlibat. -Malaysiaaktif

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13435

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12905

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news