Dua maut, kancil-kenari bertembung di Pakit malam tadi 0 6049

SRI AMAN: Dua maut termasuk seorang warga emas selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di Simpang Salcra, Pakit di sini malam tadi.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu
berkata insiden berlaku sekitar jam 9.15 malam tadi di Kilometer 13, Jalan Sri Aman-Sarikei, berhampiran Pakit.

“Siasatan awal kita mendapati kenderaan Perodua Kancil yang datang dari arah Betong menghala ke Sri Aman telah termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kenari yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan tersebut, mangsa pemandu dan penumpang kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia.

Ketika kejadian katanya, keadaan jalan lurus, berturap dan garisan tengah berkembar.

“Cuaca baik namun kawasan gelap kerana tiada lampu jalan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.42 malam dan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman segera mengatur gerak sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi.

“Tiba tujuh minit kemudian, pasukan mendapati sebuah kereta Perodua Kancil remuk teruk di bahagian hadapan setelah bertembung dengan Perodua Kenari.

“Dua mangsa di dalam kenderaan Perodua Kenari telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Sri Aman menggunakan ambulans paramedik.

Dua lagi mangsa katanya, yang berada di dalam kereta Perodua Kancil bagaimanapun tersepit.

“Pasukan kita kemudian berusaha mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat “rescue hydraulic tool” sebelum kedua-duanya diisytiharkan mati.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kedua-dua mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Achi Manggi, 75 tahun dan Shaufik Fazrul Jos, 24 tahun.

Kes kata Naga Chabu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news