Dua perompak diberkas polis 0 6065

MARUDI: Dua lelaki berjaya diberkas sepasukan polis atas kesalahan merompak seorang lelaki berusia 66 tahun di sebuah kedai di Pekan Lapok Ahad lalu.

Kedua-dua suspek berusia 40 dan 20 tahun dari Rh. Win, Bukit Balat Jalan Lapok Baram
berjaya ditangkap pada pukul 10.00 pagi semalam bertempat di kawasan Balai Polis Beluru.

Ketua Polis daerah Marudi, DSP Gabriel anak Risut mengesahkan tangkapan ke atas kedua-dua suspek berikutan laporan yang dibuat oleh mangsa yang juga pengadu dalam kejadian tersebut.

Mangsa dikenali Ringgang anak Jinggang, beralamat Rh. Bunga Pelajau B, Teru Tinjar Baram turut mengalami kecederaan luka di bahagian kepala, bahagian dagu, bahagian tangan sebelah kanan dan mengalami kesakitan di bahagian dada selain mengalami kerugian wang tunai RM3,400 yang disimpan dalam almari di dalam bilik.

Dalam kejadian pada pukul 10.00 malam, Ahad lepas semasa pengadu berada di kedai, tiba-tiba datang dua lelaki dan terus masuk ke dalam kedai membawa parang dan besi dan merosakkan barang-barang dalam kedai tersebut.

Antara barang yang dirosak ialah meja, kerusi, pinggan mangkuk, dua buah almari, peti TV dan dua unit tong gas (Petronas) telah lesap bersama wang tunai lebuh kurang RM3,400.00 yang disimpan dalam almari di dalam bilik.

Turut mengelami kerosakan motosikal mangsa jenis Honda Wave No pendaftaran QM3583 B yang diparkir di luar kedai.

Kedua-kedua suspek dibawa ke Balai Polis Marudi untuk ditahan reman untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news