Dua Tentera Indonesia ditahan kerana curi kenderaan guna rifel di Lundu 0 5789

KUCHING: Tiga warga Indonesia, termasuk dua Tentera Nasional Indonesia (TNI) dicekup Polis Sarawak awal pagi tadi dalam operasi khas di kawasan Lundu, di sini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, tangkapan pertama berlaku sekitar jam 3.00 pagi tadi apabila Task Force Op Lejang yang terdiri daripada tiga pegawai dan 19 anggota diketuai Asisten Superintendan Tuan Abdullah Tuan Hassan telah menyerang hendap satu laluan di Ladang Raso, Lundu.

“Serang hendap dilakukan selepas pasukan polis ternampak satu motosikal datang dari arah sempadan Lundu-Indonesia.

“Pasukan polis kemudian berjaya menyekat motosikal tersebut sebelum menahan dua lelaki Indonesia yang memakai seluar seragam TNI.

Kata Dev, seorang daripada suspek membawa rifel jenis SS 1 serta satu kelopak dan 15 butir peluru.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang digunakan oleh kedua-dua suspek ini telah dilaporkan hilang di Sekama, pada tahun lepas.

“Semakan dokumen pengenalan diri suspek pula menunjukkan kedua-dua mereka adalah anggota TNI.

Semasa soal siasat dijalankan ke atas kedua-dua suspek katanya, tiba-tiba sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero muncul dipandu laju dari arah Lundu menuju ke arah sempadan Indonesia.

“Kenderaan tersebut terus berhenti apabila melihat pasukan polis dan dua suspek keluar dari kenderaan tersebut sebelum melarikan diri ke dalam ladang sawit.

“Pasukan polis berjaya mengejar dan menangkap salah seorang suspek sedang bersembunyi di dalam semak manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Semakan lanjut katanya, mendapati Mitsubishi Pajero tersebut telah dilaporkan hilang di Sungai Maong, Kuching pada malam Khamis, 22 Mac.

“Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Kota Samarahan pada tahun ini turut dijumpai di dalam kenderaan Mitsubishi Pajero berkenaan.

Ketiga-tiga suspek katanya lagi, kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Senjatapi 1960 dan Akta Imigresen. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news