Empat kaki syabu ditangkap di hotel 0 7247

SIBU: Empat individu disyaki penagih dadah dicekup oleh polis bersama dadah dipercayai jenis syabu di sebuah bilik hotel di Jalan Wong Nai Siong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, bertindak atas maklumat, empat individu termasuk seorang wanita dan dua lelaki warganegara India yang berumur dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun itu ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sekitar pukul 9.15 malam.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh badan ke atas ketiga-tiga lelaki terbabit menemukan satu paket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal jernih disyaki methamphetamine dengan berat kasar 0.58 gram di dalam poket kecil hadapan sebelah kanan seluar jean seorang lelaki India,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik tersebut menjumpai satu paket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal jernih disyaki dadah jenis yang sama seberat 0.28 gram di atas rak televisyen.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan lanjut.”Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka yang ditangkap didapati positif dadah,” katanya.

Nilai rampasan dadah tersebut dengan berat kasar 0.86 gram dianggarkan RM100.Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Utusan Borneo Online 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12366

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news