Empat lelaki cedera motosikal bertembung di Jalan Muhhibah 0 5807

Marudi: Empat lelaki berusia sekitar 18 dan 24 tahun cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan 2 buah motosikal di Simpang Jalan Muhibbah, Kampong Perpindahan Marudi sekitar jam 11 malam tadi.

Menurut info dari pihak bomba yang tiba dilokasi kejadian mendapati 4 orang mangsa terlibat dalam perlanggaran 2 buah motosikal tersebut.

Dua orang mengalami kecederaan parah tapi separuh sedar manakala 2 orang lagi mangsa cedera ringan. Seorang mangsa yang tercampak kelongkang besar berjaya diangkat oleh anggota Bomba dengan menggunakan Pengusung dan memasang Penyokong Leher kepada mangsa.

Mangsa seorang lagi ditepi jalanraya dan dibawa menggunakan ambulan Hospital yang tiba dilokasi dan seorang lagi dibawa kehospital menggunakan Hilux orang awam. Manakala 2 orang mangsa yang cedera ringan telah mendapat rawatan dihospital juga. Setelah mangsa selesai dibawa kehospital dan keadaan terkawal.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news