Empat lelaki didakwa halang polis jalankan tugas di Plaza Tol Slim River 0 6069

Empat lelaki didakwa halang polis jalankan tugas di Plaza Tol Slim River

TANJUNG MALIM: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Slim River di sini semalam, atas pertuduhan menghalang penjawat awam iaitu polis menjalankan tugas berhampiran Plaza Tol Slim River, Jumaat lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada P. Panneerselvan, 32, S. Vijandran, 41, A. Sivakumar, 28, dan R. Durai Raaj, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hidayah Ismail berikutan fakta kes tidak diakui, kerana kesemua mereka tidak memahami bahasa Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa sengaja menghalang seorang anggota polis Muhd Syahrul Azuwan Ab Manaf daripada menjalankan tugasnya, dengan tidak memberi kerjasama setelah diberi amaran berulang kali untuk beredar dari lokasi kejadian, serta gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta berbuat demikian.

Panneerselvan, A. Sivakumar serta R. Durai Raaj yang merupakan pekerja trak tunda dan S. Vijandran yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Slim River, Slim River-Tanjung Malim kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Oktober lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. — Bernama – Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news