Enam lelaki warga emas ditahan polis kerana berjudi sabung ayam di Niah, Miri 0 6063

Miri: ENAM warga emas antara tujuh lelaki yang ditahan ketika asyik berjudi sabung ayam di ladang kelapa sawit di Niah, Miri, Ahad lalu

Ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 33 hingga 72 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, ketika serbuan dilakukan, mereka sedang berkumpul dan mengelilingi gelanggang menyaksikan ayam bersabung.

“Apabila menyedari kehadiran polis, ada antara mereka bertempiaran melarikan diri.
“Polis berjaya memberkas tujuh lelaki,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.

Lim berkata, polis turut merampas satu unit alat penimbang, dua ayam sabung hidup, dua ayam sabung mati dan sekeping papan putih yang tercatat butir pertaruhan.“Kesemua yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.-Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13127

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12501

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news