England harapkan tuah penalti ke suku akhir 0 3159

MOSCOW – England berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 FIFA selepas berjaya menewaskan ‘pasukan degil’, Colombia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan di di Stadium Spartak, Moscow, Rusia awal pagi ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu bagaimanapun cemas seketika apabila ketinggalan 2-3 kepada Colombia selepas tendangan Jordan Henderson berjaya diselamatkan penjaga gol Colombia, David Ospina.

Namun, mujur tendangan pemain tengah Colombia, Mateus Uribe terkena palang gol dan gagal menerjah jarimg, sekali gus menjadikan kedudukan kembali 3-3.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford muncul wira England selepas menyelamatkan sepakan penalti terakhir Carlos Bacca untuk kelebihan 3-3 sebelum Eric Dier dengan tenang menyempurnakan sepakannya terakhirnya untuk menjamin kemenangan buat skuad The Three Lions.

Kejayaan ini menyaksikan England berjaya 
mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2006 di Jerman selepas dua kali gagal pada dua edisi selepasnya iaitu di peringkat kalah mati pada 2010 di Afrika Selatan dan di peringkat kumpulan pada edisi 2014 di Brazil.

Bagi Colombia pula, mereka gagal mengulangi pencapaian yang dilakar empat tahun lalu di Brazil di mana mereka berjaya mara ke suku akhir sebelum tunduk 1-0 kepada Argentina.

Ketiadaan pemain bintang mereka, James Rodriguez yang masih cedera jelas memberi kesan terhadap jentera serangan Colombia yang hanya mengharapkan kelincahan pemain Juventus, Juan Cuadrado untuk mencipta peluang buat penyerang Radamel Falcao.

England lebih banyak menguasai permainan dengan gerakan-gerakan berbahaya daripada penyerang Raheem Sterling dan Harry Kane, namun percubaan mereka lebih banyak tersasar dan diselamatkan penjaga gol lawan, David Ospina.

Bagaimanapun, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil pada babak kedua apabila Harry Kane dijatuhkan Carlos Sanchez dalam situasi kelam kabut ketika sepakan penjuru, sekali gus menghadiahkan sepakan penalti oleh pengadil.

Sepakan tersebut disempurnakan oleh Kane untuk memberi kelebihan 1-0 ke atas Colombia, sekali gus mencerahkan peluang mereka mara ke suku akhir.

Tersentakk dengan gol itu, Colombia, pasukan No. 16 dunia mula melancarkan serangan bagi mencari gol penyamaan, namun setiap gerakan mereka dapat dipatahkan dengan mudah pertahanan England.

Namun, tatkala kemenangan seakan-akan berada di dalam tangan England, kelapaan barisan pertahanan pada masa kecederaan telah menyebabkan kemenangan tersebut direntap apabila Colombia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil tandukan pertahanan Barcelona, Yerry Mina, sekali gus memaksa pertarungan dilanjutkan ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang gol sepanjang 30 minit masa tambahan dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di suku akhir nanti England bakal berdepan Sweden yang mara setelah menang 1-0 ke atas Switzerland malam tadi. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news