TAWAU: Era Fazirah Ramli, 25, seorang peniaga air tebu cedera ditangan, selepas tangannya itu tersepit di mesin pengisar tebu, di Blok 5, Kampung Sentosa dekat sini, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sentosa dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.06 pagi, sebelum mengejarkan jentera FRT dan EMRS bersama seorang pegawai dan enam anggota, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau ke lokasi.
“Apabila tiba dilokasi, terdapat seorang wanita tersepit bahagian tangannya di dalam mesin tebu.
“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dan diberikan rawatan awal, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut”, kata kenyataan itu.
Operasi tersebut tamat pada pukul 10.40 pagi.– BERNAMA