Facebook minta maaf, perubahan konfigurasi punca gangguan 0 5647

MENLO PARK: Facebook menyalahkan perubahan konfigurasi pelayan’ sebagai punca gangguan besar-besaran hingga menjejaskan aplikasinya di seluruh dunia, semalam.

Gangguan itu menjejaskan pengguna selama sekurang-kurangnya 12 jam di kebanyakan kawasan di dunia, menyaksikan Amerika Utara dan Eropah paling teruk terjejas, menurut laman web pengesan downdetector.com.

Selepas mengakui berdepan masalah Rabu lalu, Facebook berdiam diri hampir 24 jam sebelum mengeluarkan penjelasan dan permohonan maaf sekitar jam 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

“Semalam, akibat perubahan konfigurasi pelayan, ramai pengguna berdepan masalah mengakses aplikasi dan perkhidmatan kami,” kata Facebook di Twitter.

“Kami kini berjaya menyelesaikan masalah dan sistem kami kembali pulih. Kami amat kesal di atas kesulitan itu dan menghargai kesabaran anda semua.”

Difahamkan ia gangguan paling teruk pernah dialami gergasi internet yang diakses kira-kira 2.7 bilion pengguna termasuk rangkaian sosial utamanya, Instagram dan aplikasi pesanan.
Seperti gangguan sebelumnya, #FacebookDown dengan pantas menjadi tanda pagar popular di platform saingan, Twitter.

Rabu lalu, Facebook menolak spekulasi bahawa masalah itu mungkin disebabkan oleh serangan denial-of-service, sejenis serangan siber yang membanjiri hos perkhidmatan dengan permintaan yang berlebihan. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news