Facebook Sabah Sarawak Merdeka mungkin dimiliki warga asing – KPN 0 5725

KUANTAN: Polis tidak menolak kemungkinan akaun Facebook (FB) ‘Sabah Sarawak Merdeka’ dimiliki warga asing yang cuba mencetuskan provokasi di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (gambar).

Fuzi berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjejak suspek-suspek terlibat.

“Akaun (FB) yang dilaporkan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui hantaran di laman mereka, didapati telah dinyahaktif beberapa hari lalu dan kemudian aktif semula, tetapi kita tidak dapat mengesan pemiliknya.

“Polis tidak berdiam diri dan masih menunggu hasil bantuan SKMM dan sehingga Jumaat lalu sebanyak 267 laporan polis berkaitan kes tersebut telah diterima di seluruh negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas Briged Tenggara PGA Kem Bukit Galing, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Seramai 222 orang pegawai dan anggota polis, yang berkhidmat semasa darurat sehingga tahun 1990 menerima pingat tersebut.

Sementara Puzi berkata, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan kes penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook, Jumaat lalu.

Menurutnya, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pegawai pendakwa raya selepas ia lengkap untuk tindakan susulan.

Rakaman itu dimuat naik menerusi akaun FB bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil Jumaat lalu dan sudah ditonton lebih 227,000 kali, selain dikongsi lebih 3,700 akaun FB dan mendapat lebih 1,900 komen.

Rakaman CCTV itu dipercayai sedutan prosiding hari kelima Najib di Mahkamah Kuala Lumpur. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news