SIBU: Flyover pertama Sibu bermula di bulatan Jalan Tunku Abdul Rahman yang mula dibina tahun 2017 ini akan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2020 yang menghubungkan Bandar Sibu ke Lapangan Terbang, Sibu Jaya, Durin, Julau dan Selangau. Ketika ini, projek berjalan dengan lancar dan sedang rancak dibina.
Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang
JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.
“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian
Lebih 10 rumah dinaiki air
KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.
Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.
Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian