KM umum bantuan RM70,000 bagi setiap pintu Rumah Panjang Uma Bawang, RM100 juta diluluskan bagi pembinaan lapangan terbang 0 6002

KM umum bantuan RM70,000 bagi setiap pintu Rumah Panjang Uma Bawang, RM100 juta diluluskan bagi pembinaan lapangan terbang

KAPIT: Nasib malang yang menimpa penghuni Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap di Belaga selepas kediaman mereka musnah terbakar pada 15 April lepas mendapat perhatian YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri di sini, Ketua Menteri telah mengumumkan bantuan sebanyak RM70,000 bagi setiap pintu yang terjejas.

“Kita akan membantu mereka (keluarga terjejas) sebanyak RM70,000 bagi satu pintu sekali gus meringankan beban semua mangsa terlibat.

“Bantuan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri di sini hari ini.

Hadir sama ialah, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Tan Sri James Jemut Masing.

Sementara itu, Ketua Menteri memberitahu, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Kapit.

Jelasnya, jumlah peruntukan itu termasuk RM550 juta yang diperuntukkan bagi melaksanakan 50 projek rakyat di bahagian Kapit.

“Manakala, di bawah Upper Rajang Development Authority (URDA), agensi yang khas untuk membangunkan kawasan Ulu Rajang, kita telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

“Beberapa projek ini masih lagi dalam proses pelaksanaan dan apabila ia siap kelak, kita yakin ia akan memberikan impak besar kepada bahagian Kapit,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri memberitahu, Kerajaan Sarawak juga akan membina sebuah lapangan terbang di Bukit Mabong di sini dengan kos sebanyak RM100 juta.

“Pembinaan projek lapangan terbang ini dilakukan pada hujung tahun ini dan ia akan memberi kesan bukan saja dari sudut pembangunan, pertanian dan juga sektor pelancongan di Ulu Rajang.

“Ini sudah tentu akan memberikan impak yang besar dan Kapit tidak lagi seperti mana orang fikirkan sebagai kawasan yang ‘very remote’.

“Saya yakin Kapit dalam masa 10 tahun akan menjadi satu tempat pertengahan pembangunan kerana pada 10 tahun saya jangkakan ada jalan yang menghubung Kapit ke kawasan Baleh, Belaga, Bintulu,” katanya. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news