Gadis dijumpai mati di sebuah pusat hiburan di Kuching 0 7078

KUCHING: Seorang gadis disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat hiburan di Jalan Ban Hock, sekitar pukul 2.40 petang Selasa

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata mangsa berusia 20-an itu ditemui pekerja premis tersebut dalam keadaan terbaring dan terus menghubungi pihak hospital.

“Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas sofa dan siasatan awal mendapati kematiannya setakat ini didapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news