Ibu bapa perlu kawal penggunaan telefon pintar anak-anak – Dr Wan Azizah 0 6028

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu memantau dan mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan unsur negatif termasuk bahan lucah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Merujuk kepada kes murid berusia 12 tahun direman semalam, setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh ibunya di Batu Gajah, Perak, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kebanyakan kes kerosakan akhlak berpunca daripada pengaruh Internet.

“Yang dikatakan pelaku itu adalah kanak-kanak di bawah umur. Pengaruh kebanyakan kes adalah Internet, tengok ‘soft porn’.

“Kalau boleh perlu ada ‘parental guidance’ (bimbingan ibu bapa), jika mahu beri ‘smartphone’ (telefon pintar) kepada anak-anak, janganlah tanpa ada ‘parental control’ (kawalan ibu bapa),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dilaporkan, murid lelaki Tahun Enam itu melakukan perbuatan berkenaan selepas terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit.

Ibu murid berkenaan mengasuh lapan kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun dan mangsa dijaga pengasuh sejak Oktober 2017. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news