Gadis terkejut imbasan kehamilan ada imej ‘alien’ 0 6086

SEORANG gadis terkejut apabila mendapati imej imbasan kehamilan di dalam kandungannya kelihatan seperti ‘alien’.

Sophie Scott yang teruja hamil bayi perempuan bertukar panik apabila pasangannya, Stephen Roberts memberitahu imbasan menunjukkan terdapat imej seperti makhluk asing di sebalik kandungan tersebut.

Stephen, 24, dan Sophie, 16, pasti bahawa pihak perubatan terlepas kemungkinan mereka mempunyai pasangan kembar.

Sophie yang merupakan seorang pelajar dari South Shields, Tyneside di United Kingdom berkata: “Kami dapat melihat mata tambahan di sebalik bayi itu, dan kepalanya berbentuk seperti alien.”

“Bekas kekasih saya dahulu begitu minat dengan kisah-kisah alien dan kami bergurau dia mungkin menyumpah saya.

“Saya takut alien tersebut akan memakan bayi saya,” ujarnya.

Pemeriksaan empat minggu kemudian bagaimanapun mendapati kandungan berusia 16 minggu itu hanya mempunyai seorang bayi. – Mirror UK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12929

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news