Gagal mendapatkan wang, anak ugut mahu bunuh bapa sendiri di Miri 0 5846

Miri: Hanya kerana gagal mendapatkan wang mahu membeli dadah, lelaki tergamak mengugut mahu membunuh bapa kandungnya menggunakan parang dalam kejadian di rumah mereka di Ulu Niah, Miri, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 23 tahun dikatakan tiba-tiba mengamuk selepas kemahuannya tidak dipenuhi, malah turut merosakkan kelengkapan rumahnya.

Melihatkan keadaan anak lelakinya tidak terkawal, bapanya yang berusia 53 tahun bergegas membuat laporan di Balai Polis Batu Niah, seterusnya membawa kepada penahanan suspek pada 5.30 petang hari yang sama.

Sumber berkata, pemuda itu kemudian berjaya ditenangkan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut, malah parang digunakan untuk mengugut bapanya turut dirampas.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek di bawah pengaruh dadah sehingga tergamak mengancam mahu membunuh bapa kandungnya. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

“Difahamkan, suspek sudah beberapa kali mengamuk sebelum ini kerana gagal mendapatkan wang mahu membeli dadah, namun, kali ini perbuatannya agak melampau sehingga tergamak mahu membunuh bapanya. Tidak tahan dengan keadaan itu, keluarganya membuat laporan polis,” katanya. -Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news