Gegaran misteri di seluruh dunia 0 17091

LONDON – BRITAIN. Gelombang seismik aneh telah menggemparkan seluruh dunia pada 11 November lalu.

Apa yang lebih pelik, tiada sesiapa merasainya, sekali gus mengejutkan para saintis.

Ia digambarkan oleh National Geographic sebagai ‘gegaran misteri’ yang berlaku di seluruh dunia yang mana gelombang itu bermula berhampiran Mayotte, sebuah pulau Perancis antara Afrika dan utara Madagascar.

Gegaran itu menyebabkan sensor di Zambia, Kenya dan Ethiopia beralih sebelum ia ditemui di Chile, New Zealand, Kanada dan Hawaii sejauh hampir 17,702 kilometer (km).

Sehingga kini, pakar masih membahaskan apa yang mencetuskan kejadian pada 11 November lalu, sama ada ia adalah ujian nuklear, kapal selam atau gunung berapi.

Ahli seismologi di Universiti Colombia, Goran Ekstrom berkata, beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu.

Difahamkan, Mayotte yang merupakan pulau kecil dengan populasi 250,000 penduduk telah mengalami gempa sejak Mei lalu.

Kebanyakannya adalah gegaran kecil, namun gempa paling kuat, 5.8 magnitud direkodkan pada 8 Mei lalu.

Pusat Pemerhati Perancis mengesyaki terdapat gunung berapi baharu mungkin terbentuk di luar pantai Mayotte yang wujud hasil daripada aktiviti vulkanik yang tidak aktif selama lebih 4,000 tahun.

“Ia mungkin berlaku akibat pergerakan magma kira-kira 50 km di luar pantai dan dasar laut,” menurut agensi itu.

Laporan itu disokong dengan sensor GPS yang mengesan pergerakan Mayotte ke tenggara kira-kira 5 sentimeter dalam tempoh kurang daripada lima bulan. – The Sun

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13014

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12486

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news