SATU rakaman menggemparkan kerana menunjukkan paru-paru berwarna hitam seperti tar kepunyaan seorang lelaki berusia 52 tahun yang menjadi perokok tegar selama 30 tahun.
Video yang tular itu ditonton lebih 25 juta kali, menunjukkan pegawai perubatan mengeluarkan organ-organ daripada pesakit yang mati otak selepas dia membuat permintaan agar organ-organnya didermakan.
Bagaimanapun, paru-paru tersebut bukan berwarna merah jambu yang sihat tetapi hitam pekat akibat pengumpulan sisa tembakau selama tiga dekad.
Klip video itu yang digelar sebagai iklan anti merokok terbaik dalam kalangan pengguna media sosial, menunjukkan Doktor Chen Jingyu dan pasukan operasi transplannya membuat pemeriksaan paru-paru di Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China.
Dr Chen, yang merupakan pakar bedah transplan paru-paru berkata, penderma tersebut disahkan sebagai mati otak dan organnya didermakan.
Walau bagaimanapun, pegawai perubatan segera menyedari bahawa mereka tidak dapat memberikan paru-paru kepada pesakit dalam senarai menunggu, kerana mempunyai masalah organ tersebut akibat merokok selama tiga dekad. – Mirror