KERETA TERBANG MULAI DIUJI KHAMIS INI – MENTERI 0 6406

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali Khamis ini di Subang.
Tegasnya, beliau sendiri akan melakukan pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Beliau turut mengundang ahli Parlimen pembangkang bagi menyaksikan sendiri sesi pandu uji kereta terbang berkenaan.

“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian.

Mohd Redzuan sebelum ini menjelaskan, prototaip kereta terbang juga dijangka dilancarkan akhir tahun ini.

Menurutnya, kos tersebut ditanggung pihak swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news